Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyembur paip air bomba kepada para peserta khatan sunathon diacara mandi beramai-ramai pada Majlis Perasmian Sunathon Perdana 2016 di Masjid Putra, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 26 NOVEMBER 2016

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim) menyifatkan dua kejadian berkhatan yang mengakibatkan terpotong penis baru-baru ini berlaku akibat kekhilafan manusia.

Ini kerana dalam puluhan ribu kanak-kanak dikhatankan dalam setiap tahun di hospital dan klinik awam mahupun di swasta akan terdapat 1.0 sehingga 10 peratus yang akan mengalami komplikasi.

Walau bagaimanapun, Presiden Perdim, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail mengakui risiko yang berlaku amatlah menakutkan.

“Bagi saya apa yang terjadi lebih menjurus kepada kesilapan manusia iaitu kelemahan individu, bukan kerana masalah teknik,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu beliau berkata, penting konsep mengutamakan keselamatan terlebih dahulu adalah penting dalam memastikan kejadian diatas tidak berulang.

Katanya, Perdim bersedia memainkan peranan sebagai badan pemantau, melaksanakan latihan dan memberi maklumat terkini serta menjadi badan akreditasi dengan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Langkah ini penting supaya apa saja teknik atau peralatan baharu yang digunakan perlu mendapat pengesahan dan kemudian dibincang bersama kementerian bagi mendapatkan satu ketetapan yang standard untuk diguna pakai di hospital awam dan swasta.

“Perdim juga akan membuat kursus dan latihan berkhatan dan mengeluarkan sijil kopetensi. Ini bermakna sesiapa saja dari pegawai perubatan mahupun pembantu perubatan yang mahu menjadi MUDIM perlu ada sijil ini bagi memastikan mereka tahu langkah keselamatan serta berusaha untuk mengelak sebarang risiko semasa berkhatan berlaku.

“Dengan kerjasama Perdim dan KKM, saya berharap proses berkhatan mencapai sifar kesilapan pada masa depan. Kita juga boleh bekerjasama dengan syarikat pengeluar produk sunat seperti klamp agar produk yang dikeluarkan selamat dan memberi kesan lebih baik,” katanya.

Harus diingat setiap jenis kaedah ada kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Ahmad Shukri menambah, kaedah klamp misalnya ada kelemahan seperti pendarahan jika klamp yang digunakan lebih besar dari saiz penis dan kesakitan jika saiz terlalu kecil dari penis.

Atas sebab itulah setiap langkah harus ada standard prosedur masing-masing.

Berhubung kejadian yang menimpa dua kanak-kanak lelaki itu, Perdim berharap dan meminta keluarga yg terlibat dalam rasoinal janganlah terlalu emosional dalam mengambil tindakan.

Tambanhnya, kepada dua kanak-kanak itu, Perdim akan melihat dari segi kebajikan dan membuat temujanji ulangan serta mengikuti perkembangan mereka bagi memastikan masa hadapan dan fungsi kelelakian mereka tidak terjejas..

“Bagi doktor yang terlibat, Perdim turut bersimpati kerana ia melibatkan masa hadapan karier dan tanggungan mereka. Perdim akan cuba jadi orang tengah antara mereka dan Kementerian Kesihatan walau pun mereka bukan ahli Perdim,” ujar beliau.

Dalam kejadian baru-baru ini, seorang doktor di Taman Cheras Utama telah memotong sebahagian daripada kepala zakar kanak-kanak ketika sedang dikhatankan.

Bagaimanapun, difahamkan pembedahan untuk menyambung zakarnya berjaya dilakukan di Hospital Kuala Lumpur.

15 Disember lalu, seorang doktor di Jalan Ipoh telah terpotong kepala kemaluan kanak-kanak berusia sembilan tahun sehingga putus.

Lebih menyedihkan, usaha menyambung semula kemaluan kanak-kanak itu gagal kerana selepas seminggu disambung, ia bertukar menjadi hitam dan doktor tidak mempunyai pilihan kecuali memotongnya.porkan seorang kanak-kanak dipotong zakarnya. – MalaysiaGazette