Antonio Martial ditegur Jose Mourinho supaya mendengar nasihatnya dan bukan agen.- Foto: Daily Mail

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegur penyerang Manchester United, Antonio Martial untuk melupakan niat meninggalkan Old Trafford selepas menampilkan aksi terbaik terhadap Middlesbrough Sabtu lalu.

Penyerang muda antarabangsa Perancis itu merupakan penjaring terbanyak the Red Devils dengan 17 gol musim lalu kini terhad kepada lapan penampilan sahaja di bawah Jose.

Ejen pemain itu mendakwa Martial mencari peluang pasukan pertama diluar Theatre of Dreams dan Kelab La Liga Sevilla dilihat sebagai kelab paling sesuai untuknya.

Aksi Martial yang menjaringkan gol penyamaan penuh bergaya pada minit ke-85 menentang Middlesbrough mencuit perhatian the Special One.

“Dia beraksi dan menjaringkan gol, dan berjuang untuk tempat dalam pasukan. saya tahu dia berkemahiran tinggi, tetapi perlu mendengar kepada saya, bukan agennya,” kata pengurus kelahiran Portugal itu.

Ketidakhadiran Martial dalam skuad pertama dikaitkan dengan prestasi terbaik Henrik Mkhitaryan.

Bagaimanapun, Jose yang juga bekas Pengurus Real Madrid berkata, Martial boleh mempelajarinya daripada pemain antarabangsa Armenia (Henrik) yang bangkit dengan tiga gol istimewa dalam Disember lalu.

“Saya tahu Mkhitaryan berkemahiran dan saya tidak menurunkannya (Martial). Dia harus mendengar arahan saya dalam latihan setiap hari, saya memberi maklumbalas kepada pemain dan mahu dia memperbaiki skillnya.

“Hampir setiap hari, saya menerima panggilan dari ejen Mkhitaryan yang mengatakan dia akan menjadi pemain terbaik dibawah bimbingan saya.

“Dan dengan Martial, saya membaca surat khabar setiap hari melaporkan Martial akan ke Sevilla secara pinjaman, dia tidak gembira di Old Trafford dan sebagainya.

“Pertama dia perlu peka dengan kejurulatihan saya, dia mempunyai segala bakat yang saya harapkan untuk muncul sebagai pemain berbisa,” tegasnya lagi. – Agensi