Axel Witsel

Pemain tengah Zenit, Axel Witsel pula ini dilaporkan bersiap sedia untuk berhijrah ke Liga Super China tidak lama lagi.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea dan Everton sedang memburu pemain antarabagsa Belgium berkenaan sejak awal musim lagi.

Tetapi Witsel mampu menjadi bukti terbaik bahawa wang mempengaruhi bola sepak di China.

Laporan berita di Belgium mendakwa pemain itu bersedia untuk berhijrah ke kelab Shanghai SIPG, China dengan gaji lumayan 18 juta euro setahun.

Pemain itu dijangka menerima gaji mingguan sekitar £300,000 seminggu.

Juventus dan Barcelona turut mengintai pemain berusia 27 tahun itu.

Bagaimanapun laporan di Belgium mengesahkan tawaran sudah dipersetujui pemain untuk ke China.

Pemain Chelsea Oscar menyertai kelab Shanghai Shenhua dengan pendapatan gaji £500,000 seminggu sebelum Carlos Teves menjadi pemain gaji tertinggi dengan £615,000 seminggu bersama Shanghai Shenhua.

Sudah pasti Axel tidak akan mendapat gaji seumpama bersama mana-mana kelab di Eropah ketika ini. – Agensi