Home Utama Ringgit susut ke paras RM4.4932

Ringgit susut ke paras RM4.4932

KUALA LUMPUR – Ringgit berdepan tekanan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila susut ke paras RM4.4932 sedolar, paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998.

Ia sejajar dengan kelemahan mata wang serantau lain berikutan jangkaan pusingan seterusnya kenaikan kadar faedah AS.

Selera mengambil risiko bagi Ringgit semakin lemah di kalangan pelabur yang menunggu pemangkin baharu untuk menggalakkan pembelian susulan usaha AS meneruskan peningkatan kadar faedahnya awal tahun ini.

Kadar faedahnya sudah dinaikkan kepada 25 mata asas di AS sejak 14 Disember 2016.

Peniaga berkata, pelabur kekal di luar dagangan meneruskan cuti panjang mereka sekali gus menyumbangkan kepada kelemahannya berbanding mata wang lain.

Ia naik berbanding Dolar Singapura kepada 3.0914/0963 daripada 3.1043/1085; naik berbanding yen kepada 3.8229/8273 daripada 3.8375/8411 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu bagaimanapun lebih dihargai berbanding mata wang Britain kepada 5.5130/5183 dari 5.5213/5259 Jumaat lalu dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6953/7013 daripada 4.7482/7523. – MalaysiaGazette