Abdul Rani Kulup Abdullah

KUALA LUMPUR – Bersalam bukan bermakna saya sokong pembangkang.

Itu reaksi Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini ketika ditanya videonya bersalaman dengan Lim Kit Siang baru-baru ini.

Individu yang lebih dikenali sebagai Ayahanda Kipidap itu memberitahu, beliau bersalam dengan veteran DAP dalam satu majlis ceramah Pakatan Harapan (PH) di Gombak.

“Itu majlis terbuka, sesiapa sahaja boleh datang. Ayah datang kerana ia dibuat di Gombak tempat Ayah duduk. Ayah tak terlibat dalam mana-mana parti politik.

“Selepas selesai majlis, seperti biasa orang datang jumpa Ayah untuk bergambar dan bila Kit Siang datang kami bersalaman,” ujarnya kepada Malaysia Gazette ketika dihubungi hari ini.

Menurut Abdul Rani, selain Kit Siang, majlis yang sama turut dihadiri pimpinan PH lain termasuk DAP, Parti Amanah Negara dan PKR.

Abdul Rani melalui MJMM dikenali ramai sejak beberapa tahun lepas kerana banyak membuat laporan polis mengenai kenyataan dan tindakan parti pembangkang.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan satu program Larian Kipidap akan diadakan 5 Mac depan di Kota Damansara melibatkan diri dan orang ramai.

Larian itu Persatuan Orang Kuat Malaysia dan terbuka kepada orang ramai yang berminat.-MalaysiaGazette