Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail

KUALA LUMPUR – Tanpa menjadi Menteri Besar Perak dan Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), DAP sebenarnya sudah pun ‘memerintah’ kedua-dua negeri tersebut melalui proksi-proksi mereka.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, melalui ketua eksekutif kerajaan negeri Pulau Pinang sejak PRU-12 juga DAP sudah pun membuktikan bahawa rakyat negeri di negeri itu ditindas, dizalimi serta didiskriminasi mengikut polisi perkauman parti mereka.

“Saya tidak yakin dan percaya sekiranya Pakatan Harapan diberi mandat oleh rakyat pada PRU-14 dan wakil DAP dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama akan dilayan secara adil dan saksama sebagaimana UMNO menerajui Barisan Nasional,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Zein menyeru rakyat Malaysia bangkit dan ‘kuburkan’ DAP dan sekutu-sekutunya pada PRU-14.-MalaysiaGazette