Home Dunia Gara-gara tidak benar pelajar ke tandas, sekolah didenda

Gara-gara tidak benar pelajar ke tandas, sekolah didenda

CALIFORNIA – Sebuah sekolah di California diperintah membayar AS$1.25 juta (994,000 pound) kepada bekas pelajarya terpaksamembuang air kecil dalam baldi selepas beliau dinafikan untuk ke tandas.

Juri Mahkamah Tinggi California yang memihak kepada bekas pelajar itu, menyaman sekolah dan guru berhubung kejadian yang berlaku 2012.

Sekolah itu telah menafikan tuntutan sebanyak AS$25,000 oleh pelajar berkenaan, yang mana mendakwa insiden itu telah menyebabkan beliau menerima teks lucah, mengalami kemurungan dan cubaan membunuh diri.

Sekolah itu mendakwa guru berkenaan tidak ada niat untuk memalukan pelajarnya.

Sebaliknya, guru cuba untuk mencari penyelesaian kepada apa yang beliau tersilap fikir tidak ada polisi waktu rehat untuk tandas, kata peguam bagi Sekolah Bersepadu San Diego Bersepadu.

PelajarĀ  Patrick Henry High School yang kini berusia 19, berkata, gurunya Gonja Wolk telah menolak permintaan beliau untuk pergi ke tandas.

Beliau telah minta untuk ke tandas ketika sesi kelas nasihat selama 25 minit, di mana Wolf dipercayai waktu rehat tidak dibenarkan ketika itu, kata peguam.

Wolf sebaliknya mengarahkan pelajar untuk menggunakan almari bilik bekalan sebelah bilik darjah untukĀ  membuang air kecil dalam baldi dan kemudian membersihkan baldi itu di dalam singki.

“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang gadis berusia 14 tahun yang baru memasuki sekolah menengah.

“Dia memberitahu insiden berkenaan benar-benar memalukan. Beliau memberitahu juri bagaimana kejadian itu telah memberi kesan kepada hidupnya dan masih berusaha untuk melupakannya,” kata Brian Watkins, peguam pelajar.

Pelajar itu terpaksa memindahkan sekolah dua kali setelah dibuli dan menjalani terapi selepas trauma atas kejadian itu.

Selain AS$1.25 juta, juri turut menganugerahkan sejumlah $41,000 kepada gadis itu untuk menampung perbelanjaan perubatan.

Guru itu kemudian diberi cuti dengan gaji berbayar dan tidak pulang ke kampus selepas kejadian itu.

Sekolah ini juga memohon maaf kepada pelajar dan ibunya serta menjelaskan kepada guru ke tandas dibenarkan ketika dalam waktu pembelajaran, kata peguam.

Sekolah itu berkata, pihaknya kecewa dengan mahkamah.

“Sudah tentu kami kecewa dan akan mempertimbangkan untuk membuat rayuan,” kata jurucakap sekolah, Shari Winet. – MalaysiaGazette