Home Dunia Emirates terpaksa tukar jadual kerja selepas perintah eksekutif AS

Emirates terpaksa tukar jadual kerja selepas perintah eksekutif AS

DUBAI – Syarikat penerbangan Emirates terpaksa mengubah jadual juruterbang dan anak-anak kapal yang terbang ke Amerika Syarikat, susulan pengharaman kemasukan tujuh negara.

Emirates yang terbang setiap hari ke 11 bandar-bandar di Amerika Syarikat melakukan penyelarasan itu bagi mematuhi undang-undang baru, kata jurucakapnya.

Bagaimanapun, penerbangan ke negara itu masih mengikut jadual.

Tujuh negara itu ialah Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa berkata, tindakan Amerika Syarikat itu dilakukan ketika semua pihak tidak bersedia.

“Saya tidak boleh berfikir apa-apa yang setanding. Ini menimbulkan kekeliruan pentadbiran, kesan dan ketidakpastian bagi pelancong serta menyukarkan operasi praktikal dan kerumitan untuk syarikat dalam merancang program penerbangan mereka,” kata perunding penerbangan bebas, John Strickland.

Larangan itu terpakai kepada juruterbang dan atendan penerbangan dari tujuh negara, walaupun semua anak kapal yang bukan warga negara Amerika Syarikat perlu vsa khas untuk memasuki negara ini. – MalaysiaGazette