Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerjasama partinya dengan Pas dapat dimaterai olehnya dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat.

Menurutnya, pertemuan antara timbalannya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan orang nombor dua Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man satu perkembangan positif.

“Saya amat menyambut baik dan mengalu-alukan kesediaan Pas untuk membentuk kerjasama dengan PPBM khususnya dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu, PPBM sebelum ini telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan berharao persefahaman yang dicapai dengan Pas akan melengkapkan usaha ke arah mewujudkan muafakat politik antara parti-parti pembangkang.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Muhyiddin yakin bahawa harapan untuk menyelamatkan Malaysia serta menawarkan masa depan Malaysia yang lebih baik juga semakin cerah.

Bagaimanapun, kerjasama dengan Pas itu menjadikan PPBM sekaligus mengiktiraf Pas sebagai pembangkang blok ketiga di negara ini.

Ada juga mendakwa PPBM melihat Pas diperlukan dalam PRU-14 memandangkan parti itu sudah established dan peringkat akar umbi yang mantap berbanding partinya yang baharu setahun jagung.-MalaysiaGazette

Pas-PPBM tubuh jawatankuasa teknikal bersama