Annuar Musa (kanan) menyerahkan borang pebcalonan jawatan Presiden FAM kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin.

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa akan bertanding merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menurut Annuar, beliau merupakan individu pertama yang menyerahkan borang ‘menerima pencalonan jawatan Presiden FAM’ pada hari ini.

“Calon pertama menerima pencalonan,” katanya menerusi laman Facebook milik beliau.

Selain Annuar, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail juga dijangka bertanding merebut jawatan tersebut.

 

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar perkenan membenarkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertanding jawatan Presiden FAM.

Kebenaran itu diberikan selepas pertemuan delegasi ahli gabungan FAM dengan Sultan Johor di Kelab Polo Istana Pasir Pelangi hari ini.

Menurut Annuar, beliau melakukannya atas semangat kesukanan dan cinta terhadap sukan tersebut. – MalaysiaGazette