Home Dunia Kawalan ketat di pintu masuk AS

Kawalan ketat di pintu masuk AS

WASHINGTON – Pengawal-pengawal sempadan Amerika Syaikat diarah supaya melakukan pemeriksaan masuk yang ketat ke negara itu selepas larangan kemasukan warga dari tujuh buah negara digantung.

Presiden Donald Trump berkata, keputusan kerajaan itu telah menyebabkan tugas semakin sukar dan patut dipersalah jika sesuatu berlaku.

“Saya telah mengarahkan Keselamatan Dalam Negeri untuk memeriksa kemasukan dalam negara dengan sangat berhati-hati.

“Tidak boleh percaya bahawa hakim akan meletakkan negara kita dalam bahaya. Jika sesuatu berlaku salahkan dia dan sistem mahkamah. Orang mencurah-curah masuk. Sungguh teruk!”,” katanya menerusi Twitter.

Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah membuat rayuan selepas larangan kemasukan tujuh buah negara yang majoritinya Islam digantung oleh Mahkamah Persekutuan.

Penggantungan itu bermakna warga negara dari tujuh buah negara iaitu Iraq, Syria, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman boleh memasuki Amerika Syarikat semula sehingga kes didengar semula. – MalaysiaGazette