BEIJING- China menjemput Perdana Menteri Britain, Theresa May menghadiri sidang kemuncak utama Mei ini di bawah inisiatif ‘ One Belt, One Road’ untuk membina Laluan Sutera baharu, demikian menurut sumber diplomatik kepada Reuters kerana menurut London, beliau akan melawat China tahun ini.

‘One Belt, One Road’ adalah program Presiden China, Xi Jin Ping untuk melabur berbilion dolar di dalam projek infrastruktur termasuk laluan keretapi, pelabuhan, grid tenaga di seluruh Asia, Afrika dan Eropah.

China telah memperuntukkan AS$40 bilion kepada Dana Laluan Sutera dan idea tersebut dipacu selepas penubuhan Asian Infrastructure Investment Bank yang mana menerima sumbangan berjumlah AS$50 bilion daripada China.

China setakat ini telah memberikan beberapa butiran mengenai tetamu yang akan hadir ke sidang kemuncak berkenaan yang akan diadakan di Beijing.

Kira-kira 20 negara yang merangkumi Asia, Eropah, Afrika dan Latin Amerika telah mengesahkan kehadiran mereka.

“China memilih negara-negara yang dilihatnya sebagai rakan dan yang paling berpengaruh mempromosikan ‘One Belt, One Road’,” kata satu sumber.

Kementerian Luar China bagaimanapun tidak memberi maklum balas segera berhubung perkara itu.- MalaysiaGazette