Khalid Abu Bakar
JOHOR BAHRU – Polis kini bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 dengan memastikan setiap anggota mendapat latihan mencukupi dari segi mental, perundangan, fizikal dan aset kelengkapan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata beberapa aspek seperti modal insan dan persiapan menghadapi PRU-14 dibincangkan menerusi amanat beliau sempena Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Pengurusan dan Institusi Latihan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

“Kami sedang merancang untuk mempersiapkan anggota bagi menghadapi kempen melampau dan ucapan berbentuk hasutan yang menggusarkan masyarakat.

“Media sosial juga akan digunakan sepenuhnya oleh kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang), jadi polis juga akan melengkapkan pasukan media sosial untuk berdepan dengan cabaran ini,” katanya kepada pemberita.

— BERNAMA