SANTO DOMINGO – Alec Baldwin berjaya meniru gaya Donald Trump – cuba tanya akhbar Republik Dominica.

Semalam, akhbar El Nacional memohon maaf selepas tersilap menyiarkan gambar pelakon itu yang meniru gaya Presiden Amerika Syarikat (AS) itu pada rancangan ‘Saturday Night Live’.

Mengiringi artikel yang disiarkan pada Jumaat lalu bertajuk: “Trump kata penempatan di Israel tidak memihak kepada keamanan’ dengan gambar Baldwin memakai rambut palsu berwarna perang bersebelahan gambar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Dalam satu kenyataan yang disirkan dalam laman sesawangnya, akhbar Dominica itu berkata, sekeping gambar Baldwin yang meniru gaya Trump dengan kapsyen ‘Donald Trump, Presiden AS’ telah disiarkan pada muka surat 19 dan kesilapan tersebut tidak disedari kakitangan akhbar tersebut.

“El Nacional memohon maaf kepada pembacanya dan sesiapa yang menerima kesan daripada  penyiarannya” gambar itu, kata kenyataan tersebut yang dipetik AP.

Trump membidas cara ‘Saturday Night Live’ menyindir beliau dengan berkata, Baldin adalah gambaran separa daripada sikap ‘tidak menyenangkan’ beliau.