Michael Flynn

WASHINGTON – Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat yang dilantik oleh Donald Trump meletakkan jawatan selepas tercetus dakwaan hubungannya dengan Rusia.

Peletakan jawatan Michael Flynn diumumkan oleh White House.

Flynn didakwa telah berbincang berhubung sekatan Amerika Syarikat dengan Duta Rusia sebelum Trump memasuki pejabatnya.

Beliau mendakwa telah diperdayakan oleh pegawai dengan perbualan tersebut.

Terdahulu, media Amerika Syarikat melaporkan Jabatan Kehakiman telah memberi amaran kepada White House tentang perkara itu pada akhir bulan lalu.

Mereka mendakwa Flynn mungkin terdedah kepada ugutan Rusia.

Ia adalah menyalahi undang-undang untuk seorang warga negara untuk menjalankan tugas-tugas diplomasi sebelum dilantik dalam pentadbiran negara.

Beberapa Demokrat menggesa Flynn akan dipecat.

Penasihat Keselamatan Negara dilantik oleh presiden untuk berkhidmat berhubung hal ehwal antarabangsa dan pertahanan.

Flynn menghantar surat peletakan jawatannya beberapa jam selepas Trump dilaporkan berkata melalui jurucakap, bahawa beliau akan menilai semula situasi itu dan berbincang dengan Naib Presiden, Mike Pence.

Flynn pernah berjanji kepada Pence bahawa dia tidak akan berbincang soal sekatan dengan Rusia, namun akhirnya subjek tersebut ditimbulkan juga.

Jeneral (B) Keith Kellogg, yang sebelum ini menjadi ketua petugas di Majlis Keselamatan Negara, telah dinamakan sebagai pemangku jawatan yang dikosongkan Flynn.

Bekas pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Jeneral (B) David Petraeus, dikatakan sedang diberi pertimbangan untuk mengisi jawatan itu. – MalaysiaGazette