Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah (kiri) dan Wahid Senario antara artis yang hadir Himpunan RUU 355 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Selain ahli politik, NGO dan individu tertentu, artis tanahair juga antara mereka yang menyokong Rang Undang-Undang (RUU) 355.

Malah ramai antara mereka hadir dalam Himpuna RUU355 yang diadakan di Padang Merbok di sini semalam.

Antaranya ialah pelawak, Wahid Senario, penyanyi, Datuk Jamal Abdillah, pelakon, Shamsul Ghau Ghau dan Mustapa Kamal.

Wahid juga terlibat dalam aktiviti dalam himpunan yang sama bagi menghiburkan peserta yang hadir petang semalam.

Selain menghadiri himpunan semalam, mereka juga memahami keperluan memperkasakan hukuman syariah di negara ini dan terpanggil mempromosi kepada peminat-peminat mereka.

Selain artis, selebriti media sosial seperti Ayahanda Rani Kulup juga hadir pada perhimpunan yang sama. -MalaysiaGazette