KUALA LUMPUR – Duta Korea Utara ke Malaysia akan dipanggil oleh Wisma Putra hari ini berhubung kenyataan beliau selepas keengganan Malaysia melepaskan mayat Kim Jong-nam.

Perjumpaan itu akan diadakan di Putrajaya, bila-bila masa pada pagi ini.

MalaysiaGazette difahamkan, Wisma Putra akan mengeluarkan kenyataan selepas pertemuan itu.

Dalam satu kenyataan Jumaat lalu, duta Korea Utara ke Malaysia telah melahirkan rasa tidak puas hati dengan Wisma Putra dan polis.

Kedutaan tersebut mendakwa telah menuntut mayat Jong-nam  tetapi permintaan itu ditolak walaupun telah mengemukakan dokumen rasmi kepada Kementerian Luar Negeri. – MalaysiaGazette