Home Ekonomi Goldman ramal stok minyak terus jatuh

Goldman ramal stok minyak terus jatuh

BENGALURU – Goldman Sachs menjangkakan inventori minyak mentah global terus jatuh berikutan langkah pengurangan pengeluaran oleh OPEC dan permintaan kukuh, walaupun saham-saham di Amerika Syarikat melonjak.

Bank Wall Street itu mengulangi unjurannya bagi Brent dan minyak Amerika Syarikat, masing-masing meningkat kepada AS$59 dan AS$57.50 setong pada suku kedua, sebelum jatuh kepada AS$57 dan AS$55 untuk sepanjang 2017.

Harga minyak terus merekodkan harga tinggi dalam beberapa minggu ini dengan niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat, West Texas Intermediate naik AS$0.18 kepada AS$54.51 setong pada 0228 GMT, manakala minyak mentah Brent meningkat AS$0.24 sen kepada AS$56.90.

Lonjakan pengeluaran di Amerika Syarikat telah mendorong inventori minyak mentah dan petrol ke paras tertinggi selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak kira-kira 1.8 juta tong sehari (bpd ).

“Walaupun pemotongan pengeluaran setakat ini telah mencapai tahap yang tinggi dari segi sejarah pematuhan sebanyak 90 peratus, peningkatan semula aktiviti penggerudian Amerika Syarikat telah melebihi, di luar jangkaan konsensus,” kata Goldman.

Walau bagaimanapun, peningkatan dalam aktiviti penggerudian Amerika Syarikat termasuk peningkatan dalam produktiviti syal dan pembiayaan untuk industri tetapi bukan jangkaan peningkatan dalam harga, kata bank itu. – MalaysiaGazette