Home Nasional Wanita ditembak mati tiada kaitan kumpulan kongsi gelap

Wanita ditembak mati tiada kaitan kumpulan kongsi gelap

GEORGETOWN – Ahli perniagaan wanita yang ditembak mati petang semalam tidak ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap.

Ketua Jabatan Siasaran Jenayah Pulau Pinang, Asistem Komisoner Zainol Samah juga menolak dakwaan mangsa adalah isteri kepada lelaki bergelar Datuk Seri.

Sehubungan itu, beliau mahu orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi kerana polis masih menyiasat kes tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa, Ruby Lee yang sedang memandu berseorangan dari Sungai Dua menuju ke Bukit Gambir ditembak lebih 10 das dari jarak dekat oleh dua penunggang motosikal di Kalan Lintang Pekaka 9, Gelugor.

Enam das daripada tembakan itu terkena di bahagian dada mangsa, yang menyebabkan kecederaan serius kepada wanita tersebut. – MalaysiaGazette