Tun Daim Zainuddin yang baru dilantik sebagai anggota Majlis Penasihat kerajaan yakin bahawa pemerintah baharu mampu melaksanakan
GST

PUTRAJAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah memulakan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) daripada penjualan rokok dan minuman keras di kedai bebas cukai di kawasan sempadan dan lapangan terbang.

Kutipan bermula 1 Januari itu bagaimanapun tidak mengambil tempat di tiga pulau bebas cukai iaitu Langkawi, Tioman dan Labuan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong berkata, hanya rokok dan minuman keras yang dikenakan GST dan keadaan itu bermakna produk lain seperti coklat tidak dikutip cukai tersebut.

Beliau berkata, Menteri Kewangan sebelum ini mengecualikan kedai bebas cukai daripada GST tetapi mekanisme cukai tersebut telah diubah mula tahun ini.

Sinchew Daily sebelum ini melaporkan kedai bebas cukai di Kedah dan Perlis telah menerima notis bahawa kutipan GST dikenakan.

Chee Leong berkata, negara lain turut mengenakan GST ke atas produk tembakau dan minuman keras.

Katanya, langkah itu diyakini dapat mengawal jualan produk berkenaan dengan lebih berkesan termasuk dalam mencegah penjualan jenama arak yang palsu.

Mengenai aduan peniaga kedai bebas cukai yang terlewat menerima notis JKDM sehingga tidak sempat mengutip GST daripada pelanggan, Chee Leong berkata, mereka boleh menulis surat kepada Menteri Kewangan untuk dikecualikan bayaran untuk tempoh terbabit. – MalaysiaGazette