Donald Trump

WASHINGTON – Mahkamah Rayuan Persekutuan menolak permohonan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan rayuan larangan perjalanan yang dikenakan ke atas tujuh negara oleh Presiden Donald Trump.

Perintah daripada Mahkamah Rayuan itu meningkatkan tekanan ke atas pentadbiran Trump untuk menjelaskan niat perintah eksekutif yang kontroversi itu.

Mahkamah sebelum ini telah menggantung larangan perjalanan Trump.

Bagaimanapun, Trump berkata, beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif baru menangani kebimbangan yang dibangkitkan oleh hakim-hakim mahkamah rayuan.

Pada 27 Januari lalu, Trump telah menyebabkan huru-hara di lapangan terbang seluruh dunia selepas visa ke AS yang dipegang oleh rakyat tujuh negara terlibat tidak diterima pakai selama 90 hari.

Manakala bagi pelarian visa digantung bagi tempoh 120 hari, kecuali dari Syria yang dihalang masuk sepenuhnya. – MalaysiaGazette