SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti laporan berkaitan dakwaan yang mengaitkan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan jenayah rasuah.

Suruhanjaya itu dalam kenyataannya berkata, ahli MT berkenaan di dalam satu laporan didakwa terlibat dalam penyelewengan projek membangunkan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), semalam.

Laporan tersebut diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapat satu aduan daripada orang awam.

“SPRM akan meneliti laporan yang telah diperolehi sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan itu.

“Malah individu yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

“SPRM juga akan bekerjasama dengan SKMM bagi mendapatkan maklumat-maklumat berhubung dakwaan tersebut,” kata SPRM lagi. – MalaysiaGazette.