Laporan stesen televisyen di Seoul yang menunjukkan bedilan peluru berpandu ke Laut Jepun pada Mac lalu. foto Reuters

SEOUL – Amerika Syarikat mula menghantar  Sistem Pertahanan Kawasan Terminal Altitud Tinggi (THAAD) anti peluru berpandu ke Korea Selatan selepas Korea Utara mengadakan ujian empat peluru berpandu balistik.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas media Korea Utara memaklumkan pelancaran peluru berpandu semalam dipantau oleh pemimpin Kim Jong-un, meningkatkan ancaman terhadap Washington yang menjalankan latihan ketenteraan bersama dengan Korea Selatan.

“Tindakan provokatif yang berterusan oleh Korea Utara termasuk pelancaran peluru berpandu semalam mengesahkan keputusan kerjasama untuk menggunakan THAAD ke Korea Selatan,” kata Komander Laksanama Harry Harris dalam kenyataan itu.

Langkah oleh tentera Amerika Syarikat itu menyaksikan konflik yang ketara antara Korea Selatan dan China.

China sebelum ini menentang penempatan THAAD kerana memusnahkan keseimbangan keselamatan serantau.

The four ballistic missiles landed in the sea off Japan’s northwest, angering Seoul and Tokyo, days after North Korea promised retaliation over the military drills which it sees as preparation for war.

Empat peluru berpandu balistik mendarat di perairan barat laut Jepun, menimbulkan kemarahan Seoul dan Tokyo.

Peluru-peluru berpandu itu dibedil selepas beberapa hari selepas Korea Utara berjanji untuk bertindak balas ke atas latihan ketenteraan yang dilihatnya sebagai persediaan untuk peperangan. – MalaysiaGazette