SPRM

KUALA LUMPUR – Seramai 16 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat di empat buah negeri didakwa di mahkamah berasingan atas tuduhan menerima rasuah, hari ini.

Mereka yang dituduh merupakan seorang Deputi Supritendan (DSP), dua Asisten Saya (ASP), dua Inspektor dan selebihnya pelbagai anggota berpangkat rendah.

“Lapan daripada mereka dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, empat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, tiga di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan seorang di Mahkamah Sesyen Georgetown.

“Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama,” menurut SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan di sini.

Kesemua mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun denda 10,000 atau lima kali ganda nilai suapan mengikut mana-mana lebih tinggi.

Semalam seorang pegawai polis berpangkat inspektor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM15,500 daripada seorang wanita.

SPRM dalam kenyataan itu turut menegaskan tidak ada mana-mana pihak yang terkecuali daripada siasatan badan itu termasuk agensi penguatkuasaan jika mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah. -MalaysiaGazette.