Jose Mourinho

MANCHESTER – Jose Mourinho menegaskan dia lebih fokus kepada Liga Europa berbanding Piala FA pada musim ini.

Namun pengurus itu tetap akan menampilkan skuad yang mahu menang dan tidak akan bersedih dengan apa juga keputusan menentang Chelsea, pagi esok.

United akan berkunjung ke Stamford Bridge tanpa menaruh harapan yang tinggi untuk menang selepas ketiadaan ramai pemain utama termasuk Zlatan Ibrahimovic yang digantung perlawanan.

“Bagi saya ia hanya satu perlawanan yang hadir dalam masa yang tidak sesuai untuk kami kerana Liga Europa adalah pertandingan yang boleh memberi kita tempat ke Liga Juara-Juara dan Piala FA tidak begitu.

“Liga Europa adalah lebih penting daripada Piala FA untuk kita. Ia hanya satu lagi permainan untuk saya.

“Adakah saya akan bersedih apabila kalah kepada Chelsea daripada menentang pasukan lain? Tidak.

“Adakah saya gembira untuk menang ke atas Chelsea daripada menang menentang pasukan lain?,” katanya. – MalaysiaGazette