BRUSSELS – Syarikat-syarikat dibenarkan melarang kakitangan Islam daripada memakai tudung  dan simbol-simbol agama di bawah syarat-syarat tertentu.

Keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi Kesatuan Eropah itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati daripada kumpulan hak asasi dan para pemimpin agama.

Dalam ketetapan pertama mengenai isu politik di seluruh Eropah, Mahkamah Keadilan (ECJ) mendapati sebuah syarikat Belgium melaksanakan peraturan sekatan pekerja yang berurusan dengan pelanggan daripada memakai simbol-simbol agama dan politik.

Sekumpulan penyokong kempen wanita berkata, peraturan itu boleh mengakibatkan ramai wanita Islam hilang pekerjaan.

Malah, ada yang beranggapan keputusan mahkamah itu menambah peningkatan kejadian jenayah kebencian serta menghantar isyarat bahawa komuniti-komuniti yang berpegang kuat pada agama tidak dialu-alukan. – MalaysiaGazette