Ifzal Zaffar

HONG KONG – Seorang anggota polis berusia 20 tahun menjadi popular dalam Online selepas beliau berjaya memujuk lelaki Pakistan yang cuba membunuh diri.

Lelaki itu telah memanjat sebuah kren setinggi 20 meter di kawasan pembinaan dan polis telah dipanggil ke tempat kejadian.

Ifzal Zaffar, yang juga berketurunan Pakistan dan fasih berbahasa Urdu, turut memanjat dan bertindak memujuk lelaki berkenaan.

Hasil pujukan Zaffer, lelaki berkenaan akhirnya setuju turun ke bawah dan kemudian dibawa ke hospital.

Konstabel Zaffer, yang juga fasih berbahasa Kantonis berkata, beliau hanya melakukan berdasarkan latihan yang diikuti.

“Saya menggunakan teknik yang dipelajari di akademi…saya berpendapat dia rasa selamat selepas saya bercakap dengan bahasanya,” kata Zaffer kepada Apple Daily.

Zaffer yang menyertai pasukan polis kurang setahun dan merupakan satu-satunya anggota polis yang berketurunan Pakistan.

Beliau menganggotai skim polis Hong Kong bukan Cina – Operation Gemstone.

Tindakan berani Zaffer mendapat pujian pelbagai pihak melalui media sosial.

“Dia sangat kacak dan memiliki sekeping hati emas,” kata pengguna Facebook Nuna Priya.

“Encik IFZAL ZAFFAR, ramai rakyat menyokong anda. Terus berkhidmat kepada masyarakat. Terima kasih!!!, ” kata Baba Bebe Wong. – MalaysiaGazette