Kapal tangki yang dipercayai dimiliki oleh Emiriah Arab Bersatu dibebaskan oleh kumpulan lanun Somalia. foto Agensi

MOGADISHU – Sebuah kapal tangki minyak yang dirampas lanun Somalia telah dibebaskan tanpa syarat.

Pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas lanun dan tentera laut melepaskan tembakan ke atas sebuah bot yang membawa bekalan kepada perampas.

Kapal tangki, yang sedang dalam perjalanan dari Djibouti ke ibu negara Somalia, Mogadishu, dirampas pada hari Isnin dengan lapan anak kapal Sri Lanka di atas kapal.

Ia adalah kejadian rampasan di luar pesisir Somalia sejak tahun 2012.

Abdirahman Mohamud Hassan, Ketua Pengarah maritim Puntland berkata, terdapat perbincangan berlaku selepas berbalas tembakan dan kita mendapatkan bantuan tentera.

Kumpulan lanun itu mengesahkan telah membuat pembebasan tanpa mengenakan sebarang pembayaran.

Bagaimanapun, John Steed, bekas pegawai tentera British yang menghabiskan bertahun-tahun berunding dengan lanun di Somalia berkata, pihaknya telah melakukan tawaran yang tidak boleh ditolak.

Hassan sebelum ini berkata, lanun-lanun di atas kapal tangki telah melepaskan tembakan selepas pihak berkuasa cuba untuk memintas sebuah bot yang membawa bekalan penting seperti makanan.

Empat orang cedera dalam kejadian itu. – MalaysiaGazette