Bukan Parlimen Johor Bahru tetapi Lim Kit Siang akan mempertahankan kerusi parlimen Gelang Patah yang disandangnya yang kini ditukar nama kepada Iskandar Puteri.
Lim Kit Siang.

KUALA LUMPUR – Perang mulut antara Lim Kit Siang dan Tan Sri Annuar Musa semakin hangat apabila Penasihat DAP itu kali ini mengelar Ketua Penerangan UMNO itu sebagai ‘bapa segala rasis’.

Bercakap kepada media di sidang media, veteran DAP itu bersedia untuk menyaman Annuar berhubung isu bersabit gelaran rasis.

“Di luar Parlimen saya kata dia ‘bapa segala rasis’, memalukan Islam dan dia boleh saman saya. Itu cabaran saya.

“Kalau dia rasa ini satu fitnah, boleh ambil tindakan udang-undang terhadap saya. Mengenai apa yang dia kata kepada saya, biar peguam saya yang uruskan. Saya terima dia mahu saman saya jadi dia boleh buat demikian,” katanya mengenai tindakan provokasi Annuar.

Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini mencabar Kit Siang untuk mengemukakan saman kepada beliau.

Ia berikutan kenyataan Anuar sebelum ini yang menggelarkan Kit Siang anti Islam, DAP parti rasis dan juga diktator.

Beliau mengulangi cabaran itu dalam satu ceramahnya pada Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu anjuran UMNO Bahagian Gombak kelmarin.

Mengulas mengenai itu, Kit Siang berkata, Annuar jelas mahu menjadi hero dengan berbuat demikian tatkala beliau kini dalam usaha merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sabtu ini.

“Apa yang dibuat ini menampakkan dia mahu jadi hero oleh kerana undian Presiden FAM sudah dekat. Dia mahu jadi hero. Dia patut letak jawatan selaku Ketua Penerangan UMNO,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.