Lim Guan Eng

ā€ˇPULAU PINANG – Sinchew Daily, akhbar bahasa Cina dengan jualan tertinggi di Malaysia, telah menerima surat peguam daripada Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang mahu suratkhabar itu meminta maaf kerana menerbitkan berita yang didakwa berunsur fitnah.

Menurut akhbar itu, keadaan itu berlaku berikutan penerbitan artikel “Kehilangan potensi hasil RM80 juta dan hak milik tanah” yang memetik Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow dalam sidang akhbar yang diadakannya pada 15 November.

Artiket tersebut telah diterbitkan dalam bahagian berita tempatan edisi utara Semenanjung pada 16 November.

Guan Eng dalam surat peguam bertarikh 20 November mahu Sinchew Daily memberi maklum balas dalam tempoh 48 jam, menarik balik laporan media, meminta maaf serta menyatakan jumlah ganti rugi yang sedia dibayarkan. – MalaysiaGazette