BERLIN – Sekeping syiling emas seberat 100 kilogram (kg) dengan nilai muka AS$1 juta dicuri dari Museum Bode, Berlin.

Menurut media Jerman, syiling yang dicuri itu ialah ‘Big Maple Leaf’, syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Royal Canadian Mint pada 2007.

Syiling dengan diameter 53 sentimeter (sm) dan tebal 3 sm memaparkan potret Ratu Elizabeth II.

Muzium Bode membuat penilaian nilai muka syiling itu sebanyak AS$1 juta menerusi harga pasaran 100 kg emas ialah kira-kira AS$4 juta.

Polis Jerman menerusi akaun Twitter berkata, perompak tersebut mungkin menggunakan tangga yang ditemui berhampiran landasan kereta api untuk memecah masuk muzium tersebut pada pukul 3.30 pagi.

Jadual perjalanan kereta api terganggu berikutan para penyiasat mencari petunjuk di kawasan tersebut.

Muzium Bode yang terletak di ibu negara Jerman merupakan tuan rumah kepada koleksi syiling terbesar dunia.

Koleksinya termasuk 102,000 syiling dari zaman purba Greece dan kira-kira 50,000 syiling zaman Rom. – AFP