KUALA LUMUR – Jangan panik apabila melihat pesawat pejuang Korea terbang di ruang udara sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Ini kerana menurut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat pejuang Black Eagle milik The Republic of Korea Air Force akan membuat terbang lintas (flypast) di sekitar ruang udara Kuala Lumpur dan KLCC esok pada jam 10.30 pagi sehingga 10.45 pagi.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak cemas dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana ianya adalah merupakan satu terbang lintas (flypast) yang terkawal.

“Orang ramai boleh mengambil peluang tersebut untuk menyaksikan kumpulan pesawat aerobatic Black Eagles yang membuat pertunjukan udara di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) 2017 baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette