Park Geun-hye ketika ditahan untuk ditahan di penjara di Seoul. foto Agensi

SEOUL – Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye telah ditangkap dan dipenjarakan pada awal pagi ini atas tuduhan rasuah.

Penahanan itu menandakan berakhir pemerintahan empat tahun beliau yang penuh dengan huru-hara dan pilihan raya akan diadakan untuk mencari pengganti beliau.

Konvoi kenderaan termasuk sebuah sedan hitam membawa Park, memasuki pusat tahanan berhampiran Seoul selepas Mahkamah Daerah Seoul Central membenarkan permohonan pendakwa raya untuk menangkap beliau.

Para penyokong Park yang mengibarkan bendera dan menjerit ‘Presiden’ ketika kereta yang membawa beliau memasuki pusat tahanan itu.

Pendakwa raya boleh menahannya sehingga 20 hari sebelum melakukan pertuduhan terhadapnya. Ini bermakna Park akan berada di dalam penjara ketika kesnya didengar di mahkamah.

Mahkamah Rendah biasanya mengeluarkan keputusan dalam tempoh enam bulan bagi surat dakwaan.

Keputusan mahkamah memenjarakan Park adalah tindakan yang memalukan terhadap bekas presiden.

Park adalah presiden wanita yang pertama dipilih pada tahun 2012 dengan mendapat sokongan kukuh daripada Konservatif.

Pendakwa raya menuduh Park berpakat dengan beberapa individu untuk memeras perniagaan besar, mengambil rasuah daripada salah satu syarikat dan melakukan salah laku lain.

Salah laku itu menyebabkan berjuta-juta rakyat Korea Selatan membantah di jalan-jalan setiap hujung minggu untuk bulan sebelum penggubal undang-undang melakukan siasatan pada bulan Disember.

Pada bulan ini, Mahkamah Perlembagaan memutuskan secara rasmi untuk menyingkirkan beliau daripada pejabat Presiden.

Mahkamah Seoul berkata, ia memutuskan untuk meluluskan penangkapan Park kerana percaya pertuduhan utama terhadap beliau telah disahkan dan terdapat kebimbangan beliau cuba memusnahkan bukti.

Pendakwa raya dijangka melakukan pertuduhan peras ugut, rasuah dan salah guna kuasa terhadap Park.

Bagi kesalahan rasuah sahaja, beliau boleh dihukum minimum 10 tahun penjara atau maksimum penjara seumur hidup.

Pendakwa percaya Park bersekongkol dengan Choi dan penasihat presiden untuk memeras 16 kumpulan perniagaan, termasuk Samsung, supaya menderma 77.4 bilion won (AS$69 juta) untuk yayasan yang dikawal Choi.

Eksekutif syarikat berkata, mereka berasa dipaksa untuk menderma kerana khuatir diancam langkah-langkah balas termasuk penyiasatan cukai negeri.

Park dan Choi dituduh secara berasingan menerima rasuah dari Samsung dan berpakat dengan pegawai tertinggi untuk menyenaraihitamkan pihak-pihak yang mengkritik dasar-dasar Park dengan menafikanprogram bantuan kewangan, menurut pendakwa.

Park juga dikatakan telah disampaikan rahsia negara kepada Choi melalui pembantu presiden.

Korea Selatan akan mengadakan pilihan raya pada Mei ini untuk memilih pengganti Park. – MalaysiaGazette