Steve Mandanda. Foto: the Sun

LIVERPOOL – Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Crystal Palace, Steve Mandanda.

Pemain antarabangsa Perancis itu tidak beraksi sejak November lalu dan menjadi sasaran the Kops menjelang akhir musim ini.

Pengurus the Reds dikatakan mahu membawa masuk pemain itu untuk memberi saingan kepada Simon Mignolet dalam merebut jersi nombor 1 kelab itu pada musim depan.

Liverpool sedang mencari penjaga gol selepas tidak berpuas hati dengan prestasi semasa Mignolet dan Loris Karius.

Pasukan itu dikaitkan dengan beberapa pemain antarabangsa, tetapi nama Mandanda mendahului senarai pendek yang ditetapkan pengurusnya, Jurgen Klopp.

Palace menandatangani Mandanda yang berusia 32 tahun dari Marseille musim lalu.

Bagaimanapun Mandanda mula beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di Selhurst Park namun kecederaan lutut membantutkan aksinya.

Wayne Hennessey yang menggantikan Mandanda beraksi cemerlang dan pemain itu dilihat tidak akan beraksi dalam waktu terdekat.

Liverpool yang memantau situasi Mandanda bersedia untuk meletakkan bidaan menjelang akhir musim ini. – MalaysiaGazette