WANGSHINTON – Amerika Syarikat (AS) melancarkan peluru berpandu Tomahawk ke Syria awal pagi tadi ekoran serangan senjata kimia yang berlaku di negara berkenaan baru-baru ini.

Serangan itu memusnahkan infrastruktur kententeraan Presiden Syria, Bashar al-Assad di Sahyrat – lokasi tentera Syria melancarkan senjata kimia atau gas sarin mengakibat kematian ramai rakyatnya.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 50 peluru berpandu dilancarkan dari dua kapal perang AS di Laut Meditranean iaitu USS Porter dan USS Ross.

Serangan itu dilakukan selepas mendapat arahan Presiden As, Donald Trump yang ketika ini berada di Florida meraikan rombongan dari China.

Penganalisis melihat tindakan Trump memberi amaran pihaknya tidak gentar melakukan perkara yang sama sekiranya Korea Utara meneruskan program nuklearnya.- MalaysiaGazette