Keadaan di dalam Gereja St. George di Tanta, Mesir selepas berlaku letupan. foto Agensi

KAHERAH – Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh selepas letupan berlaku di dua gereja berasingan di Alexandria, dekat sini.

Enam orang terkorban semasa letupan berlaku di luar Gereja Koptik St Mark.

Ketika kejadian berlaku, Pope Tawadros II, ketua gereja itu sedang berada sama para penganut Kristian di dalam premis berkenaan.

Sebelum itu, 25 orang maut dalam letupan di Gereja Koptik di bandar Tanta.

Menurut media kerajaan, Pope Tawadros tidak mengalami sebarang kecederaan.
Setiausahanya berkata, serangan di Alexandria telah dilakukan oleh seorang pengebom berani mati di luar gereja.

Selepas letupan pertama di Tanta,Gabenor Wilayah, Ahmad Deif memberitahu Nile News: “Sama ada bom telah ditanam atau seseorang yang meletupkan dirinya.”

Tarek Atiya, seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri Mesir, memberitahu agensi berita AFP bahawa letupan di Tanta berhampiran meja di dalam gereja.

Pencarian sedang dilakukan untuk mengesan bahan-bahan letupan di kawsan berhampiran.

Letupan nampaknya telah ditetapkan ketika orang ramai sedang berkumpul untuk kesan maksimum.

Pasukan keselamatan Mesir telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga jika berlaku serangan.

Pope Francis, yang dijadual melawat Mesir hujung bulan ini, telah mengutuk serangan itu.

Keganasan terhadap Kristian Koptik telah meningkat sejak kebelakangan ini bermula pada 2013 semasa pihak tentera menggulingkan presiden yang dipilih rakyat dan melancarkan tindakan keras terhadap Islam.

Beberapa penyokong Presiden Mohammed Morsi, yang berasal dari Ikhwan Muslimin, menyalahkan orang Kristian kerana menyokong penggulingan. – MalaysiaGazette