Ibu bapa mengambil anak masing-masing di Sekolah Tinggi Cajon selepas murid-murid dipindahkan sejurus selepas kejadian. foto BBC

CALIFORNIA – Dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam tembakan di sebuah kelas di sebuah sekolah rendah di San Bernardino di sini.

Suspek menembak mati isterinya, seorang guru sekolah, turut mencederakan dua kanak-kanak yang berada di belakang isterinya.

Seorang kanak-kanak cedera akibat cedera parah.

Suspek kemudian menembak mati dirinya, kata Ketua Polis Jarrod Burguan yang menyifatkan tragedi itu sebagai cubaan membunuh.

Tembakan itu berlaku pada pukul 10.30 pagi (17.30 GMT) di sekolah North Park Elementary 60 batu (96 km) dari timur Los Angeles.

Identiti mangsa-mangsa yang maut dalam kejadian itu belum dimaklumkan.

Lelaki bersenjata itu memasuki sekolah sebagai pelawat dengan menyembunyikan senjata sehingga dia melepaskan tembakan di dalam kelas, kata pihak berkuasa.

Seramai 600 pelajar dipindahkan ke Sekolah Tinggi Cajon sehingga sebelum mereka diambil oleh ibu bapa. – MalaysiaGazette