Putera Harry

LONDON – Putera Harry mengalami tekanan yang teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan selepas kematian ibunya, Puteri Diana.

Dalam wawancara bersama The Telegraph, putera raja yang berusia 32 tahun itu berkata, beliau menghabiskan masa bertahun untuk cuba tidak melayan emosinya selepas kematian Puteri Diana pada tahun 1997. Ketika itu usianya 12 tahun.

“Saya pernah memasukkan kepala di dalam pasir supaya tidak lagi berfikir tentang ibu. Tetapi ia hanya menyebabkan rasa sedih. Ibu saya tidak akan hidup semula,” kata Putera Harry.

Sehingga berusia 28 tahun Putera Harry meminta bantuan daripada profesional kesihatan mental selepas mendapat sokongan termasuk daripada abangnya Putera William.

“Selama 20 tahun tidak memikirkan mengenainya (Diana) dan kemudian dua tahun keadaan huru-hara … saya tidak tahu apa yang tidak kena dengan saya,” katanya.

Putera Harry yang sentiasa menyokong badan-badan amal kesihatan mental, amat sensitif tentang perhatian medi tetapi jarang mahu bercakap secara terbuka mengenai peribadinya.

Puteri Diana dan teman lelakinya, Dodi Fayed terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 31 Ogos 1997. Turut terkorban pemandu kereta, Henri Paul semasa sedang melarikan diri daripada paparazi.

Sepanjang sedekad dalam tentera British, Putera Harry telah dua kali berkhidmat di Afghanistan dan bertemu dengan askar-askar dalam unit pemulihan, satu pengalaman yang memberi kesan kepada kesihatan mental.

“Kita perlu menangani isu sendiri kerana kita yang menghadapinya,” kata anak bongsu Puteri Diana dan Putera Charles itu.

Menyifatkan dirinya sebagai ‘bermasalah’, Putera Harry berkata, beliau mendapatkan rawatan dengan melakukan aktiviti boxing.

“Semua orang kata tinju adalah baik dan ia benar-benar baik untuk melepaskan tekanan. Ia benar-benar berguna saya kerana saya berada di ambang untuk menumbuk seseorang. Dapat menumbuk seseorang dengan pad memang lebih mudah,” katanya.

Prince William dan isterinya Kate Middleton sedang berkempen bersama-sama Harry untuk menamatkan stigma kesihatan mental, menyokong badan amal melalui inisiatif Heads Together.

Putera Harry berkata, sejak beliau mula bercakap tentang bagaimana dia pulih, ia semakin reda dan meminta insan lain yang mengalami situasi sepertinya turut melakukan perkara sama.

“Apa yang kita cuba lakukan adalah dengan perbualan di mana-mana, dengan sesiapa sahaja yang kita boleh duduk dan minum kopi bersama.

“Katakan sahaja “Anda tahu saya mempunyai masalah. Bolehkah saya berkongsi dengan anda perkara ini? ‘ “katanya – MalaysiaGazette