Seorang anggota Unit Amal berkawal pada Majlis Perasmian Muktamar Dewan Ulama PAS sempena Muktamar PAS kali ke 63 di Sekolah Rendah Darul Ulum, Tandop, Kedah. foto FAREEZ FADZIL, 27 APRIL 2017.
ALOR SETAR – Seperti keputusan Dewan Ulama Pas semalam, Dewan Pemuda Pas hari ini turut meluluskan usul bagi memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
Usul itu, dibentang oleh Perwakilan Terengganu, Abdul Rahman Che Mat yang disokong oleh Perwakilan Shah Alam diterima tanpa bantahan.
Menurut Abdul Rahman, usul itu dibuat berikutan penghinaan serta serangan tanpa henti dariapda parti itu yang turut menjurus terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya cadang agar putus hubungan Pas dgn PKR yang masih ada hubungan.

“Dari apa yang disebut oleh perwakilan Selangor, Syukri, situasi politik Pas dan PH melalui pelbagai serangan dan tohmahan kepada Presiden.

“Kami cadangkan hubungan dengan mereka cerai talak tiga, mereka putus dengan kita, kita putus dengan mereka.”

Semalam, Dewan Ulama Pas, turut meluluskan usul yang sama tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana perwakilan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast