Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown masih lagi tersenarai sebagai mereka yang dilarang daripada memasuki negeri ini.
Clare Rewcastle Brown

KUALA LUMPUR – Writ saman fitnah yang dikirimkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah diterima Editor Sarawak Report.

Clare Rewcastle Brown yang membuat pengesahan itu memberitahu, ia menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mengendalikannya, lapor sebuah laman portal.

“Ia di tangan peguam saya. Ia tidak sesuai untuk membuat kenyataan pada peringkat awal ini,” katanya menerusi emel seperti dilaporkan.

Clare yang juga pengasas portal berita itu berkata, beliau menerima writ dan pernyataan tuntutan itu pada Jumaat lepas.

Ia susulan laporan Sarawak Report pada Ogos 2016 yang mendakwa RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan Pas sebagai usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ‘menarik’ kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan UMNO.

Sebelum ini, Pas berkata, kelewatan memulakan tindakan undang-undang itu berpunca daripada usaha mengumpulkan saksi di Malaysia untuk turut sama membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes itu. – MalaysiaGazette