Noor Hisham Abdullah

KLANG – Kementerian Kesihatan melancarkan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota KKM

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hashim Abdullah berkata, antara kekerasan yang sering berlaku adalah serangan fizikal, perkataan, seksual mahupun bertulis dan secara tidak langsung menggangu kakitangan KKM.

Jelasnya, banyak lagi kes-kes yang mungkin tidak dilaporkan kerana tiada saluran spesifik dan mangsa hanya berdiam diri dan meneruskan tugas mereka seperti biasa.

“Dengan adanya garis panduan berkenaan warga kerja KKM tahu apa yang mereka boleh lakukan jika berhadapan dengan pelbagai bentuk kekerasan.

“Jika terbukti ia hanya fitnah untuk memburukkan anggota kesihatan, kita akan membuat laporan mengenainya dan menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota KKM di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, sebuah jawatankuasa khas turut ditubuhkan di bawah Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KKM untuk memastikan setiap kekerasan yang berlaku ke atas anggota kesihatan boleh dilaporkan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast