Home Dunia Turki pecat lagi 4,000 kakitangan awam

Turki pecat lagi 4,000 kakitangan awam

Tayyip Erdogan. foto: REUTERS

ANKARA – Kerajaan Turki telah memecat hampir 4,000 pegawai lebih awam dalam operasi pembersihan terkini yang dikaitkan dengan rampasan kuasa yang gagal Julai lalu.

Mereka yang dipecat termasuk lebih daripada 1,000 orang kakitangan kementerian kehakiman, bilangan yang sama membabitkan kakitangan tentera dan lebih 100 juruterbang tentera udara, kata pegawai.

Dalam perintah yang berasingan, Turki turut mengharamkan program-program berbentuk hiburan.

Semalam, Turki menyekat ensiklopedia dalam talian, Wikipedia.

Pemecatan terkini itu berikutan penggantungan lebih daripada 9,000 pegawai polis dan penangkapan 1,000 orang pada Rabu lalu, disyaki mempunyai kaitan dengan ulama yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Fethullah Gulen.

Presiden Recep Tayyip Erdogan menuduh Gulen menghasut percubaan rampasan kuasa tahun lepas.

Gulen pula menafikan dakwaan tersebut.

Turki dalam warta rasminya mereka yang ditahan kerana mengancam kepada keselamatan negara. – MalaysiaGazette