KUALA LUMPUR – Sempena cuti am pada pada 1 Mei lalu, pasangan selebriti popular, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah mengadakan majlis tahnik anak kedua mereka.

Pada majlis itu juga, Lisa telah mengumumkan nama bayi lelaki tersebut yang diberi nama Yusof Leonne.

Yusof dilahirkan pada 23 April lalu di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur dan kini dalam keadaan sihat.

Anak sulung mereka iaitu Yahaira Leanne kini menjangkau usia dua tahun.

Tidak seperti selebriti lain, Lisa dan Yusry mengamalkan prinsip tidak mahu terlalu mendedahkan privasi Yahaira di laman sosial sebaliknya untuk momen-momen tertentu sahaja.

Mungkin juga prinsip yang sama diamalkan untuk bayi kedua mereka ini.

Sementara itu, Yusry dan Erra menjalin cinta selama hampir setahun dan bertunang pada 23 Disember 2011.

Majlis akad nikah pasangan ini telah diadakan pada 23 Februari 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya manakala majlis resepsi bagi kedua belah pihak diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 26 Februari 2012 dengan dihadiri oleh 2000 tetamu termasuk ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan media. – MalaysiaGazette