SEOUL – Warga Korea Selatan mula mengundi hari ini bagi memilih presiden baharu menggantikan Park Geun-hye yang dipecat selepas beliau ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah.

Calon sayap kiri, Moon Jae didakwa menjadi pilihan rakyat, selain calon berhaluan sederhana Ahn Cheol-soo yang menjadi pencabar terdekat.

Pilihan raya presiden ini diadakan di tengah-tengah hubungan tegang dengan Korea Utara.

Moon berhasrat untuk meningkatkan hubungan dengan Korea Utara, berbeza dengan Park yang memutuskan hampir semua kaitan dengan Pyongyang.

Pada hari terakhir berkempen, Moon menggesa supaya diberikan kemenangan besar supaya membantu merapatkan jurang negara yang disebabkan oleh kejatuhan dan pemecatan Park.

Park menjadi Presiden Korea Selatan yang pertama yang dipecat selepas menghadapi tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Bagaimanapun beliau telah menafikan sebarang salah laku.

Moon kalah tipis kepada Park pada pilihan raya presiden yang lalu pada tahun 2012. – MalaysiaGazette