Duta produk, Khai Bahar (tengah) bersama Ketua Pegawai Eksekutif RiSES Perfumes, Ahmad Shauqi Abd Wahab (dua kiri) dan pegawai tertinggi RiSES Perfumes bergambar kenangan pada Majlis Pelancaran Minyak Wangi 'Bayang oleh Khai Bahar' yang merupakan produk terbaharu RiSES Perfumes di Zebra Square, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 MEI 2017.

KUALA LUMPUR – Tuah terus menyebelahi penyanyi Khai Bahar apabila dipilih menjadi duta minyak wangi edisi terhad jenama Bayang By Khai Bahar.

Produk itu adalah kerjasama Khai, 22, dengan RiSES Perfumes yang merupakan singkatan kepada RichSmart Event & Services.

Khai atau nama sebenarnya, Muhamad Khairul Baharudin mengikat kontrak selama setahun dalam usaha untuk menceburi bidang perniagaan pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif, RiSES Perfumes, Ahmad Shauqi Abd. Wahab berkata, pemilihan penyanyi yang sedang popular dengan lagu Bayang itu sebagai tepat kerana siginifikan dengan syarikat yang sedang meningkat naik dalam pasaran.

“Aroma minyak wangi Bayang By Khai Bahar sebagai duta wangian edisi terhad berkenaan bukan sahaja untuk kaum lelaki tetapi golongan wanita juga.

“Khai menjadi pilihan kerana dia seorang artis yang sedang meningkat naik selain memiliki personaliti penyanyi yang sentiasa ceria serta mempunyai gaya hidup aktif.

“Selain itu, pemilihan Khai juga dapat menjadi simbol ke arah kehidupan yang aktif supaya dapat dijadikan inspirasi kepada seluruh kumpulan peminatnya,” ujarnya yang mengeluarkan 5,000 unit sahaja minyak wangi edisi terhad itu.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran minyak wangi itu di Zebra Square di sini baru-baru ini.

Sesi fotografi bersama penyanyi Khai Bahar pada Majlis Pelancaran Minyak Wangi 'Bayang oleh Khai Bahar' yang merupakan produk terbaharu RiSES Perfumes di Zebra Square, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 MEI 2017.
Sesi fotografi bersama penyanyi Khai Bahar pada Majlis Pelancaran Minyak Wangi ‘Bayang oleh Khai Bahar’ yang merupakan produk terbaharu RiSES Perfumes di Zebra Square, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 MEI 2017.

Bayang By Khai Bahar merupakan pilihan terkini kepada penggemar minyak wangi halal tanpa ragu-ragu statusnya berdasarkan sijil pengiktirafan dari JAKIM.

Penghasilan pati wangiannya telah mematuhi keperluan syariah kerana tidak mengandungi alkohol malah kekal selamat selama 24 jam serta boleh digunakan ketika menunaikan solat.

Ahmad Shauqi menjelaskan, keunikan Bayang By Khai Bahar bukan kerana  wangian yang halal dan tahan lama tetapi menggunakan kandungan lebih pati tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang eksotik.

Katanya, produk itu diyakini dapat menjadi inspirasi golongan remaja hari ini dalam usaha mendekati peminat Khai yang semakin berkembang di Malaysia serta Indonesia.

Sementara itu, sebagai langkah promosi, RiSES akan berada di Jakarta bersama Khai bermula 15 Mei hingga 20 Mei ini sempena sesi jelajah Khai di sana untuk sekaligus memperkenalkan produk itu termasuk jenama-jenama lain keluaran RISES.

“Jelajah promosi ini bakal memantapkan lagi jenama kesemua wangian RiSES di pasaran Indonesia,” kata Ahmad Shauqi.

Bayang By Khai Bahar hadir dalam dalam bentuk 30 mililiter berharga RM90.

RiSES Perfumes juga mengalu-alukan orang ramai yang berminat menjadi usahawan baru dalam industri minyak wangi dengan menyertai syarikat itu.

Untuk maklumat lanjut, mereka boleh melayari Instagram RiSES @rises_official atau Facebook ‘RiSESPerfumes. – MalaysiaGazette