Home Ekonomi MAHB mahu jual kepentingan dalam ISG

MAHB mahu jual kepentingan dalam ISG

ISTANBUL – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk menjual kepentingan minoriti dalam syarikatnya yang mengendalikan lapangan terbang kedua terbesar di Turki.

Syarikat pengendali lapangan terbang di Malaysia itu mencari pelabur untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISG) dan merancang mengekalkan penguasaan dalam syarikat itu.

MAHB sedang berbincang dengan bank-bank untuk menjadi penasihat bagi perjanjian itu, menurut sumber-sumber.

Syarikat itu merancang untuk memulakan peluasan ISG dengan kos sebanyak AS$142 juta kerana lapangan terbang tersebut mencecah kapasiti penuh, kata Pengarah Eksekutifnya. Datuk Azmi Murad dalam wawancara bulan lalu.

ISG akan meningkatkan jumlah penumpang 8 juta setahun berbanding kapasiti semasa 33 juta apabila balai berlepas baharu siap sepenuhnya pada tahun 2018.

MAHB adalah konsortium yang memenangi kontrak bernilai 1.9 bilion euro untuk mengendalikan lapangan terbang itu pada tahun 2007.

Pengendali lapangan terbang itu telah bersetuju untuk meningkatkan pegangan dalam ISG sebanyak 60 peratus pada tahun 2013 dengan membeli 40 peratus kepentingan GMR Infrastructure Ltd. sebanyak 225 juta euro.

Ia juga memiliki baki 40 peratus kepentingan dari Limak Holding pada tahun 2014 pada harga 285 juta euro. – MalaysiaGazette