Fidget Spinner, satu lagi gajet yang kini menjadi kegilaan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan akan menunggu laporan daripada pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung penggunaan gajet ‘fidget spinner’ yang kini menjadi fenomena dalam kalangan pelajar sekolah.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata ia kerana gajet itu baru sahaja berada di pasaran dan masih belum diketahui kesan penggunaanya, sama ada boleh mengundang bahaya kepada pengguna atau pun tidak.

Beliau diminta mengulas laporan media mengenai bahaya penggunaan fidget spinner yang berkemungkinan boleh mendatangkan kecederaan dan dieksploitasi menjadi senjata berbahaya, serta saranan kepada kementerian pendidikan agar fenomena itu diawasi supaya tidak menjejaskan sesi pembelajaran.

-BERNAMA