Home Nasional Karier wanita terjejas kerana memilih keluarga

Karier wanita terjejas kerana memilih keluarga

KUALA LUMPUR – Wanita di Malaysia sering berada dalam persimpangan sama ada untuk memilih kerjaya atau menumpukan perhatian kepada keluarga.

Situasi itu adalah dapatan daripada kajian baharu yang dilakukan oleh Monster.com – sebuah agensi pengambilan pekerjaan.

Dapatan itu mendapati satu pertiga responden wanita bersetuju atau agak bersetuju bahawa memiliki anak menjejaskan matlamat dan peluang karier mereka.

Manakala sebanyak 30 peratus lagi responden wanita yang mempunyai anak percaya tidak dapat maju dalam kerjaya kerana keputusan mereka untuk memiliki anak.

Bagaimanapun, sebanyak 28 peratus lagi tidak pasti sama ada mereka tidak dapat ‘bergerak’.

Tinjauan itu melibatkan 700 orang responden di seluruh negara bagi melihat cabaran wanita di tempat kerja pada hari ini.

Menerusi kajian itu, Monster.com mahu membantu majikan memahami membantu menangani masalah kakitangan wanita dan mengalakkan majikan memberi pertimbangan kepada persekitaran kerja yang mesra bagi kakitangan wanita yang berkeluarga bagi mengekalkan bakat wanita.

Kajian itu turut mempersoalkan cabaran wanita di tempat kerja yang mana, halangan terbesar mereka ialah Halangan terbesar adalah “bagaimana mereka dilihat” oleh rakan-rakan dan pelanggan (41 peratus) diikuti oleh kekurangan peluang untuk kenaikan pangkat (40 peratus) dan mengimbangi tuntutan kerja dan keluarga (37 peratus).

Adalah memeranjatkan apabila hampir 70 peratus daripada wanita Malaysia juga menghadapi beberapa bentuk diskriminasi di tempat kerja.

Ini termasuk tidak dipertimbangkan untuk kenaikan kerana jantina (41 peratus), dipandang rendah oleh majikan atau pengurus (29 peratus dan disoal tentang keinginan mereka untuk memulakan sebuah keluarga semasa proses temuduga (25 peratus).

Selain itu, sebanyak 19 peratus wanita berkata, mereka tidak diberikan tanggungjawab tertentu di tempat kerja disebabkan komitmen di rumah sementara 12 peratus lagi mempunyai nama gelaran di pejabat seperti ‘bossy’ kerana ketegasan mereka.

Bagaimanapun, wanita-wanita di Malaysia masih diberi akses fleksibiliti di tempat kerja dengan lebih separuh daripada mereka (54 peratus) dibenarkan untuk menggunakan waktu kerja fleksibel.

Manakala majoriti wanita (47 peratus) tidak diberikan keistimewaan itu dan satu pertiga memperolehnya. – MalaysiaGazette