Sekumpulan ahli Wira PERKASA mengadakan piket membantah Vell Parri di ibupejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Wira PERKASA Malaysia membuat piket memprotes kebiadapan pemimpin MIC khususnya Vell Parri dihadapan ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini.

Sayap NGO PERKASA itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Vell Parri yang cuba mengaitkan Perkasa dengan gerakan IS.

Ketuanya, Azrul Akmal Saharudin berkata, pihaknya kesal tuduhan itu dikeluarkan kepada PERKASA semata-mata kerana NGO itu mempertahankan pendakwah, Dr. Zakir Naik.

“Wira PERKASA menggangap Vell Parri ini dangkal serta ketandusan modal politik sehingga menyeret PERKASA untuk dijadikan modal politik peribadinya dengan bercita-cita besar untuk beliau dipilih menjadi calon pada PRU-14 yang akan datang,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azrul Akmal, selama ini calon MIC banyak bertanding dikerusi marginal Melayu adakah Vell Parri tidak sedar bahawa orang Melayu banyak membantu calon-calon dari MIC untuk menang pilihanraya.

Untuk mengelakkan makin ramai menggunakan isu yang melibatkan hak Melayu dan Islam untuk memancing modal politik, Wira PERKASA mendesak kerajaan untuk mengembalikan semula ISA demi untuk menjaga perpaduan negara.

“Ini kerana, sejak ketiadaan ISA, makin ramai yang makin berani untuk memainkan isu-isu yang boleh merosakkan perpaduan negara demi untuk mendapatkan keuntungan politik,” ujarnya.

Mereka juga mahu Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam untuk menafikan kenyataan yang dibuat oleh Vellparri mewakili MIC dan kami menuntut beliau untuk menasihatkan anggota-anggotanya tidak bermain api kerana ianya pasti akan mengundang tindakan balas daripada orang Melayu.

“Wira PERKASA tidak lagi boleh bersabar dengan kebiadapan MIC dan kita akan pastikan calon-calon MIC tidak akan lagi diundi oleh orang-orang Melayu Islam di mana-mana tempat calon MIC.

“Wira PERKASA juga mahu Barisan Nasional menilai semula kedudukan MIC dalam kerajaan diatas kebiadapan mereka terutamanya dalam isu RUU 355 dan Zakir,” tegasnya.- MalaysiaGazette