Gunung Everest

NEPAL – Dua lagi pendaki telah meninggal di Gunung Everest, menjadikan angka kematian di gunung tertinggi di dunia pada bulan lalu sekurang-kurangnya lima orang, di tengah-tengah kebimbangan keselamatan gunung tersebut.

Seorang pendaki Australia yang berusia 54 tahun, Francesco Enrico Marchetti, meninggal dunia di sebelah Tibet Everest, manakala Vladimir Strba, 48, dari Slovakia, terkorban berhampiran Balkoni, di selatan Nepal, kata pegawai.

Kedua-dua pendaki meninggal dunia pada hari Ahad.

Marchetti mati akibat penyakit ketinggian – kira-kira 8,300 meter (27.230 kaki) di atas paras laut ketika usahanya berada di kemuncak gunung tersebut, kata Navin Trital, syarikat Ekspedisi Himalaya yang menyelaraskan logistik pendaki.

“Dia jatuh sakit dan meninggal dunia. Mayatnya dibawa ke kem bawah,” kata Trital.

Strba pula meninggal dunia pada ketinggian 8,400 meter (27,500 kaki) di Zon Maut di bahagian Nepali, yang mana udara semakin tipis,” kata Pegawai Jabatan Pelancongan, Gyanendra Shrestha.

Seorang warga Amerika Syarikat juga meninggal dunia pada hari Ahad dan usaha menghubungi warga India gagal selepas dia memasuki lokasi ke kemuncak gunung Sabtu lalu.

Pada 30 April lalu, seorang pendaki Swiss meninggal dunia dekat Gunung Everest ketika membuat persediaan berada di kemuncak gunung.

Sebelum itu, seorang warga emas dari Nepal meninggal dunia di kem peringkat awal pada bulan ini dalam usaha untuk merekodkan pendaki tertua.

Pada tahun ini, para pendaki Everest berhadapan dengan cuaca buruk dan angin kuat.

“Berlaku kematian di kedua-dua bahagian. Ia kemungkinan berkaitan dengan ketinggian, bukan faktor cuaca,” kata pendaki Amerika Syarikat, Alan Arnette.

Nepal telah membenarkan seramai 371 orang pendaki pada musim ini, yang berakhir pada bulan ini.

Hampir 200 orang pendaki melalui Tibet, untuk mencapai puncak Everest dengan ketinggian 8,850 meter. – MalaysiaGazette